awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK PKR Sabah nafi ribuan keluar parti

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
19/06/2020
14:54 MYT
AMK PKR Sabah nafi ribuan keluar parti
Razeef berkata, Nani Sakam yang mengetuai majlis tadi telahpun keluar parti pada 22 April 2019.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah menafikan dakwaan 'ribuan' ahli parti itu bertindak keluar pada hari ini (Jumaat).
Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai satu sidang media yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin terdiri 11 individu pada pagi tadi adalah disifatkan retorik politik semata-mata.
Razeef berkata, setakat ini, Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan terbabit, Nani Sakam didakwa sudahpun bertindak keluar parti sejak April tahun 2019.
"Untuk makluman, Nani Sakam yang mengetuai majlis tadi telahpun keluar parti pada 22 April 2019, iaitu dua tahun lalu bersama mendiang Adris Taripin, mantan Ketua Cabang Tenom.
"Mereka menyatakan 75 peratus anggota PKR di Sabah akan turut keluar parti bersama mereka namun apa yang berlaku hanya 11 orang yang sah meninggalkan parti," katanya dalam kenyataan medianya, pada Jumaat.
Jelasnya, ketika merujuk kepada sidang media dilakukan Nani di Putatan pada pagi tadi, apa yang berlaku hanyalah pengumuman 11 individu dalam PKR bertindak keluar parti dan bukanlah ribuan ahli seperti didakwa mereka.
"Walaupun yang diumum adalah 3,000 anggota namun yang rasmi umum keluar hanya 11 individu.
"Bagi saya ia sesuatu yang amat melucukan dan saya pelik bagaimana perkara ini diambil serius dengan melayan mereka yang 'gila' ini," katanya.
Tambah Razeef, pihaknya yakin PKR Sabah masih kukuh dengan jumlah keanggotaan seramai 170,000 dan mendakwa jumlah itu meningkat setiap hari.
VIDEO: Politik Sabah bergolak?
BACA: Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Topic Berkaitan
#AMK
#Angkatan Muda Keadilan
#keluar parti
#nani sakam
#PKR
#politik
#Razeef Rakimin
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan