SHAH ALAM: Anggota PKR diseru terus memperkukuhkan parti bagi menghadapi cabaran yang lebih besar termasuk berkaitan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PKR sebagai parti yang memimpin Kerajaan Perpaduan, juga perlu insaf dengan amanah besar yang diberikan Allah SWT dalam menerajui negara.
"Pesan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kita semua), jangan 'terkilau' dengan pangkat, jawatan malah harta. Amanah ini mesti dijaga. Di depan kita adalah tanggungjawab yang besar kepada rakyat dan negara.
"Marilah kita terus perkukuhkan PKR, garap segala kekuatan dan kelebihan, bulatkan tekad perjuangan, terus melangkah sederap dengan suatu ketumbukan yang padu untuk mara kehadapan sebagai ejen perubahan yang menyumbang kepada sebuah Malaysia MADANI yang kita impikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini hari ini.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ujian dan cabaran parti tidak akan pernah berakhir, namun dengan segala yang telah lalui, PKR pastinya memiliki kematangan dalam meniti ranjau perjuangan.
"PKR cukup beruntung, tatkala terakam dalam sejarah parti pelbagai individu datang dan pergi, PKR terus punyai pendokong kekal setia yang menggerakkan arus reformasi ini sehingga kita berjaya masuk ke segenap bandar dan desa, kampung dan pendalaman serta mendapat sokongan dari pelbagai kaum, etnik, peringkat umur mahu pun aktivis," katanya.
Kongres berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof serta Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Saifuddin Nasution berkata PKR sebagai parti yang memimpin Kerajaan Perpaduan, juga perlu insaf dengan amanah besar yang diberikan Allah SWT dalam menerajui negara. -Bernama

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Diusir pulang ke negara asal tiga bulan pertama tahun ini
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengusir seramai 12,380 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari negara ini sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Satu nyawa tetap berharga, KDN, PDRM beri tumpuan isu bunuh diri anggota polis
KDN dan PDRM tidak akan sesekali alpa kerana walau satu nyawa sekali pun, ia adalah berharga.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

Kertas Kabinet NIISe akan dibentang April ini - Saifuddin
Kertas Kabinet berhubung Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan dibentangkan pada April ini, menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.

Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam tiga subsektor
Sivakumar berkata beliau telah berbincang dengan Saifuddin Nasution mengenai lanjutan masa pemegang PLKS dalam tiga subsektor.

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Isu pembekuan pekerja asing di tiga sektor dibincangkan esok
Isu pembekuan pekerja asing bagi tiga sektor iaitu kedai gunting rambut, gedung tekstil dan kedai emas akan dibincangkan esok, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

KDN dalam peringkat persediaan asas bawa keluar kanak-kanak di depoh tahanan
KDN juga sedang kenal pasti jumlah sebenar dan keberadaan kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada NGO yang mengkhusus dalam penjagaan kanak-kanak.

Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin
Tindakan sebuah bar yang menggunakan kumpulan Thai Hot Guy sehingga menyebabkan pelbagai reaksi masyarakat, hendaklah tidak diteruskan.