awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara

Hilmi Malik
Hilmi Malik
30/04/2023
14:47 MYT
Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad. - Foto Facebook Annuar Musa
KUALA LUMPUR : Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.
Menurut Annuar, pertemuan tersebut antara lain membincangkan soal masa depan orang Melayu serta perkembangan politik negara.
“Sejak dulu Tun begitu passionate bila bercakap tentang orang Melayu.
“Walaupun saya dan Tun sering berbeza pendapat dan haluan politik, namun saya amat kagumi kepimpinan Tun yang begitu banyak membawa impak dan amat berjasa pada negara.
“Kebijaksanaannya serta ketajaman pemikirannya kekal hingga sekarang,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook pada Ahad.
Dalam pada itu, Annuar yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO itu menyatakan, kedua-dua mereka akan terus berusaha untuk mengukuhkan permuafakatan kaum bumiputera sebagai usaha menjadikan ia teras kepada pentadbiran negara.
“Selain itu amatlah penting kita menyuburkan muafakat bagi mengurus negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini dengan baik, seperti mana Tun pernah lakukan sekian lama sebagai Perdana Menteri.
"Saya doakan Tun berdua sentiasa sihat dan dirahmati Allah swt sepanjang masa,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Mahathir Mohamad
#Muafakat Nasional
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan