Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan akan selesaikan konflik yang melanda PKR Sarawak.

Beliau menegaskan, segala masalah yang melanda parti itu akan dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat.

"Kita akan bincang dengan semua ikut parti proses ikut MPP (Majlis Pimpinan Pusat), kita boleh bincang, saya boleh bincang dengan semua, tidak ada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Sarawak di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan bergegas ke Lapangan Terbang Miri untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Konvensyen PKR Sarawak ke-20 dilanda kontroversi selepas ia tidak mendapat kelulusan dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Konvensyen itu diteruskan tanpa kehadiran Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.