awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/01/2021
10:09 MYT
Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar sebelum ini mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Al-Sultan Abdullah bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Berdasarkan jumlah tersebut yang disifatkan sudah lebih daripada cukup, Anwar meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempertimbangkan perkara tersebut dan memanggil sidang Parlimen dengan segera.
“Kalau kita tengok yang mutakhir, seperti juga kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN), kita memohon ihsan, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang semula, melihat semula, pertama, darurat dan kedua, memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera.
“Itu kita sudah mencecah dalam 114 atau 115 ahli Parlimen yang menolak usul kerajaan PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini tidak boleh disangkal.
BACA: Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
“Adakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi,” katanya dalam siaran langsung Program Minda Profesor Negara - Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu.
Politik | Majoriti cukup namun tunggu ihsan, budi bicara Agong
Anwar sebelum ini mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Al-Sultan Abdullah bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.
BACA: Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Jelasnya, warkah itu bukan untuk membantah sebaliknya merayu ihsan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi mengkaji semula alasan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.
"Ya benar, sekarang ini ahli Parlimen yang menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong itu sudah mencecah lebih dari majoriti... bukan membantah, (tetapi) merayu ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang, melihat semula dan mengkaji alasan dibawa oleh Perdana Menteri (yang) tidak munasabah dan tidak cukup kuat.
"Jadi mohon Yang di-Pertuan Agong menimbang dan kita terima keputusan kebijaksanaan Tuanku. Surat kepada Yang di-Pertuan Agong telah dihantar semalam (Selasa)" katanya dalam sidang media menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#Agong
#Perdana Menteri
#Parlimen
#kerajaan
#pembangkang
#darurat
#gantung parlimen
#Al-Sultan Abdullah
#PN
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan