KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.
Jelasnya, warkah itu bukan untuk membantah sebaliknya merayu ihsan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi mengkaji semula alasan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.
"Ya benar, sekarang ini ahli Parlimen yang menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong itu sudah mencecah lebih dari majoriti... bukan membantah, (tetapi) merayu ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang, melihat semula dan mengkaji alasan dibawa oleh Perdana Menteri (yang) tidak munasabah dan tidak cukup kuat.
"Jadi mohon Yang di-Pertuan Agong menimbang dan kita terima keputusan kebijaksanaan Tuanku. Surat kepada Yang di-Pertuan Agong telah dihantar semalam (Selasa)" katanya dalam sidang media menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
BACA: Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
BACA: Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar
Tambah Anwar, tidak timbul soal ahli Parlimen menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong seperti didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya warkah itu bagi menyampaikan hujah ahli Parlimen mengenai pengisytiharan darurat yang dikuatkuasakan ketika ini.
"Dulu saya tahu ada parti politik yang membangkang... terang-terang menyerang kerajaan ketika pengisytiharan darurat di Kelantan... boleh pula.
"Ada hukum membolehkan... ini kita (pembangkang) tidak menyerang, kita memohon ihsan kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong.
"Timbul suara-suara kononnya derhaka, termasuk orang yang benar-benar berucap dirinya paling derhaka, saya tidak mahu ulas secara spesifik di sini.
"Cuma saya nak kata, fakta kita lakukan apa... surat kita itu merujuk kepada pengisytiharan darurat... saya tegaskan semula, memohon ihsan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, melihat hujah-hujah yang kami kemukakan kalau diperkenankan untuk menimbang," jelas Anwar lagi.
Fareez Azman
Wed Jan 20 2021

Anwar berkata, tidak timbul soal ahli Parlimen menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong seperti didakwa sesetengah pihak. Gambar/ Astro AWANI @Shahir Omar

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan pembinaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Runtuh | Tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak runtuh, jalan alami kesesakan teruk
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

Haji 2021: Semua petugas kesihatan, sukarelawan wajib divaksin
Pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Mekah.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

Adun Amanah sertai PKR, Anwar dakwa pernah maklum kepada Mat Sabu
Anwar pernah menasihatkan Adun tersebut agar merujuk kepada Mohamad terlebih dahulu.

Dua Ahli Parlimen berpaling tadah, Anwar tetap dakwa ada jumlah majoriti
Anwar mendakwa Pakatan Harapan yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding Perikatan Nasional.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

Jangan ambil kesempatan, Amanah tidak pernah didik pemimpin gila jawatan - Mujahid
Jelas Mujahid, sehingga kini tiada makluman yang jelas diberikan ketiga-tiga pemimpin parti itu berhubung tindakan mereka.

Lompat parti: PKR langgar prinsip reformasi jika terima Adun Amanah - Penganalisis
Budaya lompat parti tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain Anwar sendiri secara tegas pernah menolak budaya itu.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Lompat parti: Anwar perlu teliti permohonan tiga Adun Amanah sertai PKR - Mujahid
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti.