KUALA LUMPUR:Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama DAP sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika program bual bicara secara maya Midan Profesor Negara bertajuk "Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?" anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).
Menurut Guan Eng, sekiranya ada cadangan untuk menukar calon Perdana Menteri dari PH, pekara itu mestilah dilakukan menerusi perbincangan Majlis Presiden PH.
"Buat masa ini masih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kerana ini berpandukan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan.
"Sekiranya ada apa-apa perubahan calon Perdana Menteri, ia mesti melalui keputusan Pakatan Harapan," katanya.
Mengulas cadangan melantik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri pula, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, ia merupakan sebahagian pilihan yang ada.
Katanya, DAP melihat pilihan-pilihan yang sedia ada iaitu Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketika usaha mengambil alih pentadbiran daripada Perikatan Nasional.
"Kita (DAP) melihat pilihan-pilihan sedia ada, iaitu selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pilihan lain ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tetapi terdapat pilihan lain iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, itulah pilihan yang ada ketika itu, tetapi Pakatan Harapan kita sokong Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
"Namun, ini tidak menolak kewibawaan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai seorang pemimpin berstatus pemimpin negara, jangan kita tolak hanya kerana dia datang dari Sabah.
"Itulah konsep integrasi nasional, jangan kita tolak seseorang pemimpin hanya kerana beliau dari Sabah dan Sarawak," katanya lagi.
Tahun lepas, Guan Eng telah mencadangkan nama Shafie sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan Plus dalam usaha mereka untuk mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.
Namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Presiden PH yang bertegas mahukan Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri gabungan tersebut.
Irwan Muhammad Zain
Thu Feb 04 2021

Mengulas cadangan melantik Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri pula, Lim Guan Eng menegaskan, ia merupakan sebahagian pilihan yang ada. - Gambar fail

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalurkan menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Kedudukannya itu akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan kalangan pelabur.

Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dipukul sehingga cedera, selain menerima ugutan bunuh. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ia berlaku di sebuah kondominium, Jalan Pinang, ibu negara, pada Selasa.

PH kekal sokong Anwar Ibrahim, tiada perpecahan dalam parti komponen - Anthony Loke
Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.

'Kerjasama dengan UMNO hanya jika sokong buka balik Parlimen' - Guan Eng
Majlis Presiden PH telah pun mengambil pendekatan 'Khemah Besar' bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik.

PH sedia runding dengan semua pihak kecuali kleptokrat
Majlis Presiden PH mengambil pendekatan -khembah besar- bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar politik mereka bagi memulihkan demokrasi negara.

Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong
Pakatan Harapan (PH) akan mempersembahkan satu memorandum yang ditandatangani semua Ahli Parlimennya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara agar pembukaan semula Parlimen.

Saya tidak obses untuk jadi PM - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri itu turut disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Siasatan 1MDB, SRC diklasikasi sebagai NFA, bukan ditutup - Mohamed Apandi
Mohamed Apandi berkata semasa beliau melepaskan jawatan AG pada 2018, siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan belum selesai.

DAP perlu lebih 'sederhana'? UMNO perlu cermin diri sendiri - Teresa Kok
Apabila ditanya sama ada DAP sudi dan bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO, Teresa Kok berkata setakat ini, tiada sebarang komunikasi antara kedua-dua parti berkenaan.

PRU15: Manifesto Barisan Nasional tidak akan seperti 'Janji Manismu' Pakatan Harapan - Ahmad Zahid
Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin telah diberi mandat untuk merangka manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15

'Formula kemenangan boleh dicapai menerusi perpecahan dalam PN' - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PH dan DAP harus merangka formula kemenangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas
Polis berjaya menggagalkan hasrat seorang lelaki dalam cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri termasuk beberapa lagi menteri lain dalam kerajaan sebelum ini.