PELANTIKAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri melegakan kemelut politik negara.
Dalam semua pihak menarik nafas lega, fokus perlu terarah kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Sabah yang ditadbir Parti Warisan dengan rakan komponen UPKO, DAP dan PKR kini adalah pembangkang.
Ya, ini benar.
Kerajaan Sabah adalah pembangkang. Ini memandangkan pendirian mereka tidak menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional.
Status pembangkang itu hanya pernah dipegang Sabah pada tahun 1994 ketika di bawah pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) - yang dikemudi oleh Ketua Menteri Sabah (ketika itu), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Bagi pemerhati politik Sabah, Saat Awang Damit, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilihat begitu teliti dalam membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama DAP-PKR sebagai pembangkang; atau menyokong Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri.
"Saya melihat Datuk Seri Mohd Shafie sedang meneliti. Jika beliau beri sokongan kepada Muhyiddin, Kabinet Sabah perlu dirombak... Beliau perlu menggugurkan ADUN DAP dan PKR daripada kabinetnya.
"Sebaliknya Mohd Shafie memasukkan ADUN dari Bersatu (sembilan) dan Star (tiga) dalam kabinet negeri Sabah memandangkan Bersatu dan Star memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin," katanya.
Percaturan Mohd Shafie juga sudah pasti akan mengambil kira tindakan kemungkinan ada ADUN daripada Warisan yang bersedia untuk lompat parti.
Menurut Saat yang juga Pensyarah Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), percaturan itu diambil kira Mohd Shafie selepas melihat tindakan ADUN lompat parti ketika beliau 'berperang' mendapatkan sokongan ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri pada PRU14.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Sabah, Mohd Raheezal Shah berkata, selepas pelantikan Muhyiddin, semua pihak kini tertumpu kepada lanskap politik Negeri Di Bawah Bayu itu.
Apa penghujungnya kelak?
Tambah Saat, Muhyiddin dan Mohd Shafie mempunyai hubungan rapat ketika dalam UMNO dan kedua-dua mereka antara yang disingkirkan daripada parti itu kerana mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya percaya mereka adalah kawan dan boleh selesaikan perkara ini. Tetapi mungkin juga Muhyiddin menerima tekanan daripada BERSATU Sabah supaya tidak bekerjasama dengan Warisan atau sebaliknya," katanya yang menambah hubungan Warisan dan BERSATU Sabah tidaklah seakrab komponen lain.
Sehingga saat ini, Mohd Shafie tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan.
Malah tinjauan di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah juga berjalan seperti biasa. Apapun, tumpuan kini terarah kepada pendirian Sabah sama ada mahu bersama Kerajaan Pusat atau kekal sebagai pembangkang.
Assim Hassan
Mon Mar 02 2020
Kerajaan Sabah adalah pembangkang. Ini memandangkan pendirian mereka tidak menyatakan sokongan Perikatan Nasional.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.