awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apakah MB Selangor masih ada legitimasi?

Mohammad Agus Yusoff
Mohammad Agus Yusoff
14/08/2014
08:48 MYT
Apakah MB Selangor masih ada legitimasi?
Politik Selangor mencipta sejarah kerana buat kali pertamanya seorang ADUN Bebas menjadi MB - Foto Astro AWANI
Politik Selangor mencipta sejarah kerana buat kali pertamanya seorang ADUN Bebas menjadi MB. Maka, persoalannya, apakah beliau mempunyai legimitasi untuk kekal sebagai MB?
Dari segi undang-undang, jawapannya ya. Beliau masih mendapat perkenan Tuanku, mempunyai empat Exco untuk membolehkan kerajaan berfungi dan belum ada undi tidak percaya yang dibuat ke atas beliau di Dewan.
Namun, dapi dari segi moral politiknya, legitimasi MB tersebut telah hilang. Apatah lagi, tadi pagi Presiden PKR mengumumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti 30 ahli Dewan daripada 56 semuanya.
Justeru PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.
Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara.
Apa Seterusnya?
Bagi membuktikan PKR mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, maka PKR hendaklah memohon perkenan Tuanku untuk mengadap bagi membuktikan hal ini.
Jika ini tidak berlaku, maka cara lain yang boleh dibuat ialah dengan MB menasihati Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan atau Speaker mendapat perkenan Tuanku untuk mengadakan sidang khas Dewan bagi menentukan sokongan majoriti ahli Dewan.
Kemelut apapun tentang hal ini, konflik politik Selangor ini perlulah diatasi kerana dalam sistem demokrasi moden, falsafahnya ialah sesebuah kerajaan itu perlu mempunyai legitimasi rakyat dan undang-undang.
Sama ada cara penyelesaiannya adalah dengan mengadakan pilihan raya atau menamakan MB pengganti yang baru, itu bukan isu utamanya. Isu utamanya ialah MB Selangor perlu mempunyai legitimasi jelas dan konflik politik Selangor ini perlu diselesaikan.
Jangan biarkan rakyat gelisah!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- * Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) * Artikel mula disiarkan di laman Facebook Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada 14 Ogos 2014. * Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Khalid Ibrahim
#MB Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan