awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2020
16:43 MYT
Armada Terengganu, Sabah tolak pendirian Armada pusat
Menurut Ketua Armada Terengganu, Syaiful Irfan Anang, mereka menolak pendirian sayap pusat itu kerana ramai Ketua Armada Bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada pusat. - Gambar Facebook
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri Terengganu dan Sabah tidak menyokong pendirian Armada pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Kedua-dua sayap terbabit sebaliknya menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan usaha beliau dalam membentuk dan memperkukuh kerajaan bersama Perikatan Nasional.
Menurut Ketua Armada Terengganu, Syaiful Irfan Anang, mereka menolak pendirian sayap pusat itu kerana ramai Ketua Armada Bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada pusat menentukan pendiriannya mengenai isu ini.
Jelasnya, mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan mesyuarat penyelarasan agihan bantuan Armada bersempena Ramadan 2020 dan perjumpaan bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan mesyuarat khas Exco Armada Pusat.
Pendirian itu turut disokong oleh Armada Bersatu Negeri Sabah.
Ketuanya, Isquzawan Israq Arsit berkata, pendirian Armada Sabah adalah jelas bahawa mereka tetap bersama presiden parti dan tidak akan bermusuh dengan mana-mana parti yang menyokong Perikatan Nasional.
Kedua-dua kenyataan itu dibuat di laman Facebook Armada negeri masing-masing.
Topic Berkaitan
#Angkatan Bersatu Anak Muda
#ARMADA
#Armada Sabah
#Armada Terengganu
#Isquzawan Israq Arsit
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#PH
#Syaiful Irfan Anang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan