awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi

Bernama
Bernama
07/05/2024
01:30 MYT
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
FAHMI: Ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah. - Gambar fail/BERNAMA
HULU SELANGOR: Ayat "jika ditakdirkan Pakatan Harapan (PH) menang" seolah-olah membayangkan moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) telah runtuh, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Sabtu ini.
"Ada perkara yang agak menarik, saya membaca laporan media daripada Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dan kenyataan beliau 'jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang'.
"Jadi ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah," katanya menerusi aplikasi TikTok hari ini.
Semalam media melaporkan Takiyuddin mendakwa bahawa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK KKB dan PN akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya sekiranya PH menang pada PRK berkenaan.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan