awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional

Bernama
Bernama
10/12/2024
02:15 MYT
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin (kiri) dan Muhyiddin (kanan) ketika penyerahan pelantikan. - Foto Facebook/Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) mengesahkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung gabungan itu manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Ketua Penerangan.
Menurut Mohamed Azmin dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu turut memaklumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Wanita PN.
Beliau berkata Bersatu menamakan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai anggota MT PN selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.
"Mesyuarat MT PN juga membincangkan dan mengambil maklum perkembangan politik semasa di Sabah dan mengambil ketetapan bahawa Perikatan Nasional akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya bulan November 2025," katanya.
Beliau berkata PN Sabah diberikan tanggungjawab untuk membuat persiapan dan perbincangan dalam merangka strategi untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.
MT PN juga katanya menerima penubuhan Jabatan Dasar dan Strategi yang berperanan dalam semua isu-isu strategik dan pelan tindakan strategik serta bertanggungjawab kepada kaji selidik berkaitan isu semasa negara.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Setiausaha Agung
#Perikatan Nasional
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan