Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang lebih gemar menabur 'janji-janji manis', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjikan 'bulan dan bintang'.
"Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarkan (oleh pembangkang), termasuk berhajat untuk 'mengecat langit".
"Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. Insya-Allah kita akan buktikan itu," katanya dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Antarctica (AWETA) yang bertujuan mengumpul dana untuk menampung lima protege AWETA bagi misi ekspedisi ke Kutub Selatan.
Mengulas lanjut larian amal itu, Ahmad Zahid mengalu-alukan penganjuran Antartika 2018 yang turut mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"(Larian) hari ini merupakan manifestasi yang cukup baik kerana bukan satu kelompok sahaja yang sertai malah saya lihat ada juga peserta antarabangsa.
"Sebagai negara yang mempunyai rakyat majmuk, pada hemat saya acara yang terlalu fokus kepada sesuatu etnik patut dielakkan. Kebersamaan harus terjelma dalam banyak bentuk acara yang baik seperti ini," katanya.
Sementara itu, semasa diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa wanita juga boleh menjadi calon perdana menteri, Ahmad Zahid berkata mana-mana pemimpin boleh menjadi ketua kerajaan asalkan partinya memperolehi sokongan majoriti.
"Perlembagaan Malaysia (Persekutuan) menentukan bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ketua kepada mana-mana parti yang memperolehi sokongan majoriti dia boleh menjadi ketua kepada kerajaan." katanya.
Berhubung kenyataan Dr Wan Azizah bahawa suaminya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan dari penjara pada Jun ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Jabatan Penjara sentiasa mematuhi sebarang tempoh pemenjaraan terhadap seseorang tahanan.
Anwar, 71, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
AHMAD ZAHID berkata, Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang. - Gambar fail
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
THSS: Semua peserta terselamat, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan untuk program tersebut.
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Tiada lagi tempat selamat di Gaza - UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Asap besar selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kepulan asap besar kini menyelubungi bumi Gaza.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
Asap boleh dilihat secara ketara di langit dari Selatan Israel, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di bandar selatan Rafah.
31 maut banjir besar landa Sumatera Barat
Sekurang-kurangnya 31 maut, 15 masih hilang dan lebih 40 orang cedera berikutan hujan lebat yang membawa banjir dan tanah runtuh ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Bangunan Runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Angka kematian dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan meningkat kepada 16 orang, dengan 36 pekerja binaan masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam sebuah kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Dr Dzulkefly zahirkan komitmen tangani masalah profesion jururawat
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.
PM tiba di Doha bagi lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Doha, Qatar pada Isnin untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat Madani KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.