GEORGE TOWN: Senarai baharu barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan kematangan politik baharu untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Mohamad Abdul Hamid.
Mohamad yang mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri I dan dilantik mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat berkata beliau bersedia memberi komitmen penuh malah portfolio sedemikian bukan asing kepadanya.
"Walaupun baharu dalam sudut politik namun bagi saya porfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan dan Pengajian Tinggi adalah sudut porfolio saya malah bukanlah asing kepada saya kerana sebelum ini saya Ketua Eksekutif Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan ia (portfolio) adalah bidang saya.
"Saya sedia berkhidmat kepada rakyat di Pulau Pinang terutama dalam membangunkan agama Islam, pendidikan dan pengajian tinggi...bagi pembangunan masyarakat kita akan bawakan Kerajaan Perpaduan kepada orang ramai kerana itulah temanya dan tugas semua barisan exco sekarang ini ialah bina semula pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis mengangkat sumpah Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di sini hari ini.
Barisan Exco yang turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo yang juga Timbalan Ketua Menteri 2; ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol; ADUN Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari; ADUN Paya Terubong, Wong Hon Wai; ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim; ADUN Jawi, H'ng Mooi Lye; ADUN Padang Lalang, Gooi Zi Sen; ADUN Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo; dan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.
Selain itu, Rashidi yang merupakan wakil tunggal daripada Barisan Nasional (BN) yang dipilih sebagai Exco Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar berkata porfolio itu dapat membina kekuatan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.
Katanya portfolionya juga selari dengan portfolio Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Rashidi percaya ia lebih mudah untuk saya memohon peruntukan untuk kemajuan masyarakat di desa untuk Pulau Pinang.
''Kita boleh nampak keikhlasan gabungan perpaduan Pakatan Harapan-BN untuk membentuk masyarakat MADANI di negeri ini dengan pelantikan wakil BN dan ia dapat menarik sokongan pengundi Melayu kepada Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang," katanya.
Rashidi turut menjelaskan hubungannya dengan ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam keadaan baik walaupun timbul pelbagai spekulasi tidak berasas sama sekali kerana mereka bersahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi.
Pada PRN lepas, gabungan PH-BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi; PKR (tujuh); Amanah (satu); dan BN (dua); manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
ADUN Batu Maung Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menandatangani watikah pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri I .Pinang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi. - fotoBERNAMA
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut dijangka siap 2026
Bangunan itu direka bentuk berinspirasikan perpustakaan maya dan bercirikan seni bina Islam moden.
Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu
Senarai baharu barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan kematangan politik baharu untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat, kata ADUN Batu Maung.
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.