awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Pemimpin Bersatu sertai DAP? - 'Sila ikut prosedur' - Hannah Yeoh
Operasi kerajaan AS terhenti buat sementara waktu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawah khemah banyak tikus, kucing, Pas tidak sertai 'khemah besar' - Abdul hadi

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2022
08:43 MYT
Bawah khemah banyak tikus, kucing, Pas tidak sertai 'khemah besar' - Abdul hadi
Abdul Hadi berkata Pas telah mempunyai kumpulannya sendiri untuk melaksanakan agenda perpaduan ummah. - Gambar fail
MARANG: Pas tetap tidak akan mengikuti dan menyertai sebarang kerjasama ‘khemah besar‘ seperti yang disarankan sesetengah pihak sebaliknya akan terus menjalankan agenda perpaduan ummah.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana Pas telah mempunyai kumpulannya sendiri untuk melaksanakan agenda perpaduan itu.
Katanya Pas juga akan terus bekerjasama dengan parti terbesar orang Islam iaitu UMNO dan Bersatu untuk tujuan itu.
“Kita tidak ikut ‘khemah besar’, kita ada kumpulan kita sendiri. Kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah. Kita tidak ikut ‘khemah besar’, dalam khemah itu ada tikus, ada kucing ada macam-macam jenis dalam khemah. Kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi lagi, kerjasama itu juga merangkumi badan bukan kerajaan dan kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem.
Terdahulu pemimpin pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan usaha 'khemah besar' sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sehubungan itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan PH membuka pintu rundingan dan perbincangan termasuk kepada Bersatu dan Pas bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang..
Topic Berkaitan
#Khemah Besar
#PAS
#Abdul Hadi Awang
#UMNO
#perpaduan ummah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan