awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2022
09:32 MYT
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan untuk bekas pemimpin Bersatu tersebut menyertai partinya.
KOTA KINABALU: Beberapa bekas pemimpin dan ahli Bersatu didakwa akan menyertai dan mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Sumber berkata, PGRS merupakan 'parti pilihan' dan rundingan mengenainya masih dijalankan.
"Setakat ini banyak rundingan dibuat antara kedua-dua pihak. Bagaimanapun masih 'belum masak' (belum muktamad) lagi," katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan untuk bekas pemimpin Bersatu tersebut menyertai partinya.
Beliau akui ada bertemu dengan beberapa bekas ahli akar umbi Bersatu di kedai minum dan berbincang mengenai perkara itu.
"Belum ada rundingan rasmi tetapi saya ada bertemu dengan bekas ahli biasa Bersatu di kedai kopi mengenai perkara ini," katanya.
Stephen tidak menolak kemungkinan, khabar angin itu bertiup kencang susulan tindakan GRS yang meminta PGRS menghantar semula permohonan untuk menyertai gabungan tersebut.
"Sebenarnya kami (PGRS) sudah menghantar permohonan pada 8 November lalu tetapi difahamkan permohonan kami 'misplaced'.
"Sebab itu apabila Jumaat lalu (9 Disember) pegawai setiausaha GRS meminta kami menghantar semula permohonan... saya rasa spekulasi itu mulai timbul," katanya.
Hajiji dan pemimpin peringkat bahagian dan ahli bertindak meninggalkan Bersatu dan buat masa ini menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
Selain itu, Hajiji berkata, keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.
Topic Berkaitan
#Bersatu Sabah
#Hajiji Noor
#Parti Gagasan Rakyat Sabah
#Stephen Jimbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan