awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/01/2022
08:12 MYT
"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan belum tiba masanya untuk membincangkan soal rombakan kabinet.
Sebaliknya tegas beliau, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dengan bencana banjir di samping tindakan lanjut untuk membendung penularan pandemik COVID-19.
"Saya tak nak cakap pun soal ada atau tidak (rombakan Kabinet) .. selagi saya tak umumkan, tiadalah. Belum sampai masanya, kita fokus kepada banjir," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gangsa, di sini hari ini.
"Topik utama yang kita akan bincangkan dalam mesyuarat (Kabinet) esok ada dua.
"Yang pertama adalah banjir, yang kedua adalah masalah COVID-19 yang agak membimbangkan walaupun kes kita masih di bawah 3,000 (sehari)," ujarnya.
Beliau mengulas mengenai spekulasi yang bertiup kencang baru-baru ini berhubung dakwaan mendakwa tiga Menteri akan digugurkan daripada barisan Kabinet selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam pengurusan bencana banjir khususnya, baru-baru ini.
Ismail Sabri menambah, kerajaan sebelum ini menjangkakan COVID-19 berupaya menjadi endemik dalam masa terdekat.
Walaubagaimanapun dengan kemunculan varian Omicron, beliau berkata, tindakan yang bersesuaian akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.
Mesyuarat Khas yang akan berlangsung esok itu turut membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dijangka akan membentangkan proses penangguhan umrah.
Topic Berkaitan
#rombak kabinet
#ismail sabri yaakob
#bencana banjir 2021
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan