PENAMPANG: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mencadangkan Rang Undang-Undang Antilompat Parti dibentang segera pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dijadual Mac ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu berkata beliau telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta kerajaan negeri dan menurutnya cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.
Beliau berkata ia juga penting dalam memastikan Kerajaan Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri mampu berfungsi untuk penggal penuh bagi melaksana dengan berkesan pelan untuk membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat negeri ini.
"Ia (Rang Undang-Undang Antilompat Parti) perlu dibentang dengan segera pada persidangan DUN akan datang Mac ini, dan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan sekitar dua tahun akan datang.
"Kita di Sabah ini memerlukan kestabilan, jika tidak habis-habis tukar Ketua Menteri dan kerajaan negeri melalui SD (Akuan Bersumpah) sampai bila kita mahu dapat kestabilan untuk majukan Sabah dan rakyat," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang itu ditemui selepas Malam Perpaduan UPKO yang turut dihadiri Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Semasa berucap dalam majlis itu, Ewon mahu semua "tompinai ko ngawi" terutama yang berjuang bersamanya dalam parti berkenaan untuk berani menegurnya apabila mula menerajui parti itu sebagai Presiden pada Ahad.
Beliau berkata 'tompinai ko ngawi' bermaksud "saudara ku" dalam bahasa Kadazandusun perlu menegurnya bagi memastikan hala tuju dibawanya untuk UPKO adalah pada landasan terbaik untuk parti dan rakyat Sabah terutamanya.
Malah, katanya anggota keluarga terutamanya ibunya Gobidah Gindai sentiasa memerhati dan menegur tindak tanduknya sebagai pemimpin dan mahu semua pihak menghakimi apa yang akan dilaksanakannya selepas selesai penggal presiden parti selama tiga tahun.
"Tompinai ko ngawi sekalian kita sama-sama majukan parti ini, kita sama-sama berjuang untuk negeri dan rakyat Sabah yang kita sayangi. Tanpa tompinai ko ngawi sekalian saya tidak akan dapat lakukan ini semua, kita lakukan semua ini bersama," katanya.
Ewon bakal mengambil alih jawatan Presiden UPKO secara rasmi daripada Madius pada Persidangan Tritahunan UPKO Ke-16 di sini pada Ahad selepas muncul sebagai calon tunggal jawatan itu, manakala Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, akan dilantik sebagai Presiden Kehormat UPKO.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Ewon (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Generasi Muda UPKO pada mesyuarat tri-tahunan ke-16 UPKO di Dewan Gawir Penampang, 14 Jan 2023. --fotoBERNAMA

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.