awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri peluang kerajaan PN buktikan dasar, perancangan dapat dilaksanakan - Takiyuddin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/03/2021
09:54 MYT
Beri peluang kerajaan PN buktikan dasar, perancangan dapat dilaksanakan - Takiyuddin
Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, tidak ada keperluan mendesak untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara tergesa-gesa. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu diberi peluang memerintah sehingga cukup penggal bagi membuktikan segala dasar yang dirancang dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat di negara ini.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, tidak ada keperluan mendesak untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara tergesa-gesa.
Kata Setiausaha Agung Pas itu, kerajaan PN baharu setahun memerintah dan perlu diberi peluang meneruskan dasar-dasar yang dirancang.
“Sesebuah kerajaan perlu diberi peluang untuk membuktikan segala dasar yang dirancang untuk diimplimentasikan macam kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini.
“Kerajaan PN baru setahun, (dan) perlu diberi peluang untuk meneruskan dasar-dasar dan sebagaimana yang kita maklum pilihan raya ini bukan sesuatu perkara yang mudah (kerana) melibatkan semua orang.
“Kita baru tiga tahun pilihan raya, nak (adakan) pilihan raya pula melibatkan rakyat… kemudian lebih-lebih lagi dalam keadaan (penularan) COVID-19 ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Lawatan Kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa tempoh maksimum bagi sesuatu kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri adalah lima tahun.
“Lima tahun itu dikira daripada hari pertama persidangan Parlimen atau persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri), dia tak boleh lebih daripada lima tahun… lima tahun kalau tidak dibubarkan maka terbubar dengan sendirinya.
“Jadi, itu terpulanglah kepada peringkat persekutuan, ataupun Perdana Menteri dan juga jemaah menteri dalam tempoh tu (sama ada) hendak minta Yang Dipertuan Agong bubarkan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#PN
#Perikatan Nasional
#peluang
#PRU15
#pilihan raya
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan