awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beri saya sedikit masa pertimbang jadi calon PM ke-9' - Shafie Apdal

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
29/06/2020
04:45 MYT
'Beri saya sedikit masa pertimbang jadi calon PM ke-9' - Shafie Apdal
Shafie ditemui dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan meneliti secara mendalam cadangan untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama barisan pemimpin partinya sebelum memberikan jawapan muktamad dalam tempoh terdekat ini.
"Ia merupakan cabaran besar, untuk saya dan kita perlu lihat secara serius. Bagi masa sikit, sebab kita di Sabah pun ada masalah.
"Banyak pertimbangannya, nation building yang ada banyak pertimbangan, beri saya sedikit masa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di ibu negara baru-baru ini telah mendedahkan kesediaan menamakan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri kesembilan bagi Pakatan Harapan Plus (PH+).
Langkah itu diambil selepas beliau gagal menemui kesepakatan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mempertimbangkan Mohd Shafie sebagai mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut, Mohd Shafie bersyukur apabila cadangan tersebut hadir daripada negarawan dan bekas perdana menteri dan meminta semua pihak memberikannya masa .
"Saya sangat bersyukur ianya (cadangan) datang dari Tun Mahathir, cadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri, cadangan itu saya perlu teliti secara mendalam," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Penampang
#Perdana Menteri
#PKR
#PLUS
#PM
#presiden
#sekolah
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan