Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya kukuh dan relevan semata-mata bersandarkan kepada faktor individu bernama Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kurang tepat.
Menurut Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu, Datuk Rais Hussin, dalam satu persekitaran yang mana nilai-nilai sudah kehilangan kepentingannya (post-values ecology), Rais beranggapan tiada seorang individu atau ahli politik tunggal yang mampu menguasai segala-galanya.
"Suasana politik di Malaysia hari ini tidak lagi dibentuk sekumpulan manusia yang gagah, sekelompok masyarakat Melayu, Cina atau India yang sensitif, apatah lagi, oleh seorang individu atau kelompok yang mempunyai kuasa ekonomi di tangan mereka."
“Rakyat Malaysia mahukan perubahan, semata-mata kerana perubahan itu merupakan penyebut atau denominator yang sering digunakan terhadap kesemua isu, yang mana ia boleh dikumpulkan secara longgar, atau diklusterkan di bawah satu rubrik tunggal.”
Kenyataan itu dibuat Rais dalam tulisannya sebagai menjawap analisis kolumnis The Star, Joceline Tan bertajuk “Party riding on the coattails of Dr M” yang disiarkan hari ini.
Dalam artikel itu, Joceline berpandangan parti itu hanya relevan selagi mana Dr Mahathir kekal mengetuainya.
Mengulas lanjut, Rais berkata kumpulan pengundi lebih mementingkan isu, antara lain, seperti alam sekitar, pembaziran dana awam, kemasukan elemen agama yang keterlaluan dalam sistem pendidikan.
“Tarikh 9 Mei 2018 menyaksikan pembatalan terhadap kefahaman am, memandangkan hanya proses pemecahan pemikiran lama sahaja mampu mewujudkan persefahaman bagaimana Malaysia Baharu dapat dilahirkan,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Fri Dec 28 2018

Dakwaan Bersatu hanya kukuh dan relevan semata-mata bersandarkan kepada faktor individu bernama Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kurang tepat. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Kadar Pengangguran | Pendidikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Israel bunuh 200 rakyat Palestin, usir 300,000 penduduk di utara Gaza dalam tempoh 48 jam
Tentera Israel turut memusnahkan lebih 1,000 unit kediaman dan memaksa lebih 300,000 orang awam berpindah ke Bandaraya Gaza.

Peluang pasarkan produk halal di MENA, ASEAN tarik minat Bubbles O2 untuk luaskan eksport
Rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal.

Kadar pengangguran di Melaka menurun 1.8 peratus suku keempat 2024
Pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan peluang pekerjaan terutamanya membabitkan golongan belia.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok
Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh buat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei, keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun.

Menghubungkan timur dan barat: Pendekatan pragmatik PM Anwar di Rusia
Ia kunjungan rasmi pertama oleh PM Malaysia ke Rusia dalam tempoh 20 tahun dan sangat signifikan dari segi hubungan dua hala dan nilai sejarah.

Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak - Rafizi
Ahli PKR di Sarawak dinasihatkan untuk menggunakan situasi politik di negeri itu sekarang sebagai ruang untuk mengumpul kekuatan.

Abdul Karim dilantik ketua penerangan parti PBB
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti PBB untuk tempoh 2025 hingga 2028.

Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab, amanah
Datuk Seri Tiong King Sing berkata kedudukan yang disandang wakil rakyat bukanlah lambang darjat sebaliknya mandat.
PM hulur sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Sungai Balok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghulurkan sumbangan kepada keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang ditemui lemas di Sungai Balok, Kuantan, Pahang, Ahad lalu.

Rakyat kurang yakin terhadap ekonomi Malaysia sebelum PKP lagi - EMIR Research
Hanya 19 peratus responden merasakan ekonomi negara tahap kukuh, berbanding 36 peratus merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.

'Bersatu hidup bukan atas faktor Tun M semata-mata'
Dr Rais berpendapat terdapat faktor lain yang memungkinkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kekal relevan, biarpun tanpa Tun M.