KUALA LUMPUR: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengosongkan kerusi masing-masing.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi Parlimen mereka.
Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, perbuatan enam Ahli Parlimen tersebut, yang kononnya menyokong PM atas alasan tiada peruntukan, merupakan satu perbuatan hipokrit, dan tidak menghormati perjuangan parti dan mandat rakyat.
“Kita terpaksa membuat pindaan ini kerana terdapat enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengkhianat, khianat pada perjuangan parti kita, menyokong musuh parti kita tanpa mereka keluar dari Bersatu. Patut mereka keluarlah! Tetapi tak nak keluar!
“Sebab itu kita buat keputusan untuk gantung, berapa lama? Maksimum yang digantung enam tahun. Maknanya dia masih Ahli Bersatu. Jadi dalam keadaan tak berapa menentu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) membincangkan secara terperinci dan ambil keputusan hari ini untuk pinda perlembagaan,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di sini hari ini.
Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
Pada Februari lepas, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, kesemua enam Ahli Parlimen tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, biarpun sudah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata, mereka masih kekal dengan kerusi masing-masing selagi mana mereka tidak bertindak keluar daripada Bersatu.
Melalui pindaan tersebut, difahamkan, mana-mana Ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat, yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, disifatkan terhenti keahliannya secara serta-merta.
Susulan itu, Setiausaha Agung di atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, perlu mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan untuk memaklumkan penamatan keahlian secara serta-merta.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, beliau yakin pindaan tersebut akan mendapat sokongan sebulat suara daripada perwakilan yang hadir, dan proses seterusnya ialah untuk memaklumkan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Tambahnya lagi, pihak pimpinan parti juga akan berusaha memastikan keenam-enam kerusi Ahli Parlimen itu dikosongkan, dan seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil.
“Speaker Parlimen, apabila Bersatu hantar notis (kelak) supaya enam kerusi ini, iaitu Labuan, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang dan Tanjong Karang ini dikosong, jangan Speaker berdolak dalih.
“Perlembagaan Persekutuan kata automatik kerusi mesti dikosong (jika mereka hilang keahlian). Prosedur seterusnya, dibawa kepada RoS, dan bila ia boleh dilaksanakan, maka Setiausaha Agung akan menghantar surat kepada mereka.
“Nak sokong (Bersatu) lagi ke tidak. Mana tahu, dah Insaf, minta maaf, dah sedar, itu parti akan pertimbang. Tapi kalau masih sokong PMX, pergi. Kita sudah pun bersedia untuk menghadapi PRK,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Sat Mar 02 2024
Muhyiddin berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jangan kaitkan serangan dengan aktiviti ekstremism
Orang awam dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan tragedi serangan di balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Jemaah Islamiyah tidak lagi berpegang kepada ideologi lama
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa berkata, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) tidak lagi berpegang kepada ideologi kepimpinan terdahulu.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negaranya.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Ia susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
Tujuh suspek direman merupakan warga tempatan - KPN
Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Razarudin berkata tiada warga Singapura direman bagi membantu siasatan kes berkenaan seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Bersatu pinda perlembagaan, mahu enam MP kosongkan kerusi untuk PRK
Pindaan perlembagaan parti Bersatu akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang menyokong Perdana Menteri untuk diarah mengosongkan kerusi mereka.