awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Tanjong Karang digantung

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2024
05:30 MYT
Bersatu Tanjong Karang digantung
Jawatankuasa termasuk Ketua Penaja Bersatu Bahagian Tanjong Karang baharu dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.
KUALA SELANGOR: Jawatankuasa Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Srikandi Bersatu, Nurul Syazwani Noh berkata, status penggantungan itu dimaklumkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menghadiri siri jelajah Bersatu di Tanjong Karang pada 18 Mac lalu.
Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa termasuk Ketua Penaja Bersatu Bahagian Tanjong Karang baharu dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.
"Insya-Allah Ketua Penaja bahagian baharu akan dilantik dan diumumkan selepas ini," katanya ketika ditemui pada Rabu.
Pada 24 Januari lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga bekas Ketua Bersatu bahagian itu, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menjadi pemimpin blok pembangkang keenam yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada Selasa meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada kerajaan.
Bersatu sebelum ini meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti selepas memperoleh sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.
Mengulas mengenai kelulusan pindaan perlembagaan parti itu, Nurul Syazwani berkata, ia memberi ruang untuk melihat sama ada sokongan enam Ahli Parlimen masih kekal kepada Perdana Menteri atau kembali kepada Bersatu.
"Bagi saya (bekas Ketua Srikandi Muda) yang mewakili bahagian Tanjong Karang, kami akan terus bekerja untuk parti dan rakyat.
"Mesyuarat juga telah diadakan sebelum ini dalam membincangkan pelbagai perkara termasuk kemungkinan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK)," ujarnya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga pengamal undang-undang, Tan Sri Noh Omar berkata, semua Ahli Parlimen berkenaan masih ahli Bersatu dan terikat dengan perlembagaan parti.
Ujar beliau, apabila pindaan itu berkuat kuasa, mereka mempunyai pilihan sama ada mahu mengikut perlembagaan atau tidak.
"Jika tidak mengikutnya, mereka boleh digugurkan sebagai ahli parti namun bukannya dipecat," tambah beliau - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu Tanjong Karang
#Azmin Ali
#sokong perdana menteri
#pindaan perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan