awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu tiada matlamat - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
23/01/2019
14:11 MYT
Bersatu tiada matlamat - Asyraf Wajdi
ASYRAF: Saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih tidak mempunyai matlamat tersendiri selepas berjaya menyingkirkan bekas presiden UMNO yang juga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana selain menyingkirkan Najib, matlamat parti itu hanya untuk menumbangkan UMNO sebagai parti keramat Melayu di negara ini.
"Najib tidak ada lagi dalam kepimpinan (UMNO) sekarang, adakah perjuangan Bersatu masih relevan sedangkan dalam wawancara dengan Oxford Union baru-baru, mereka telah memaklumkan matlamat sebenar parti itu.
"Justeru, saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini, pada Rabu.
Asyraf Wajdi mendakwa Bersatu yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Bersatu
#Melayu
#Najib Razak
#pilihan raya umum
#PPBM
#PRU
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan