awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih gesa Anwar penuhi janji Manifesto PH untuk lawan rasuah

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
03/12/2022
03:25 MYT
Bersih gesa Anwar penuhi janji Manifesto PH untuk lawan rasuah
Bersih juga jelasnya akan terus menjadi suara non-partisan dan akan terus mendesak reformasi yang akan memperkukuhkan demokrasi negara. - Foto Bersih
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggandakan usaha bagi memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk melawan rasuah dan mengukuhkan integriti institusi utama negara.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi kenyataannya, Pengerusi PH itu dan kabinet baharunya perlu segera mengutamakan tindakan bagi menghapuskan sebarang keraguan campur tangan kes mahkamah dan konflik kepentingan.
Antara tiga tindakan yang dicadangkanan Bersih adalah menjadikan Peguam Cara Negara untuk mengambil peranan Pendakwa Raya dengan segera.
Ia sehingga pindaan perlembagaan dibuat untuk memisahkan peranan tersebut daripada Peguam Negara.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
"Kedua, menggalakkan kestabilan politik dan pemantauan parlimen dengan memberikan peranan bermakna kepada Pembangkang dan backbencher Kerajaan dalam kabinet bayangan dan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK).
"Ia termasuk dengan gaji yang selayaknya, sokongan kajian polisi dan akses kepada maklumat kerajaan kepada menteri bayangan serta pengerusi dan timbalan pengerusi JPK, katanya.
Selain itu, mereformasi proses pelantikan dan pemecatan pegawai awam utama seperti Pengerusi SPRM, SPR dan Pesuruhjaya SUHAKAM.
Jelasnya, proses ini perlu dibebaskan daripada eksekutif dan dimasukkan peranan Parlimen, masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang lain yang lebih bermakna.
Bersih juga jelasnya akan terus menjadi suara non-partisan dan akan terus mendesak reformasi yang akan memperkukuhkan demokrasi negara.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Rasuah
#PM10
#Pantau Kerajaan Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan