awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN fail tiga petisyen pilihan raya kepada SPR - Isham

Bernama
Bernama
13/01/2023
14:15 MYT
BN fail tiga petisyen pilihan raya kepada SPR - Isham
Isham berkata, terdapat beberapa lagi kawasan lain yang telah dikenal pasti dan akan difailkan petisyen pilihan raya. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil mengesahkan Barisan Nasional (BN) telah memfailkan tiga petisyen pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Isham bagaimanapun tidak mendedahkan tiga kawasan berkenaan, sebaliknya ia akan diumumkan kemudian.
"Tiga petisyen telah difail untuk kita buat pilihan raya semula di kawasan-kawasan ini, ada bukti-bukti yang telah kita terima, bukti kukuh bahawa telah berlaku kesalahan pilihan raya terutama daripada segi rasuah (kepada) pengundi," katanya pada sidang media di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu terdapat beberapa lagi kawasan lain yang telah dikenal pasti dan akan difailkan petisyen pilihan raya.
"Setakat ini tiga dulu yang itu telah difail sebab sebelum nak fail ini kita kena kumpul semua (bahan bukti) lengkap dulu, jadi kita dalam proses untuk kumpul segala bahan ini sebelum kita fail kepada pihak berkuasa," katanya.
PRU15 | Ku Li cabar keputusan, dakwa berlaku politik wang
Terdahulu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata gabungan itu akan memfailkan petisyen pilihan raya di beberapa kerusi bagi mencabar keputusan PRU15, selain mengesahkan petisyen itu mempunyai asas untuk difailkan.
Dalam pada itu hari ini juga, seorang pengundi yang juga wakil kepada calon BN Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kawasan itu.
Petisyen itu, yang difailkan oleh Mohd Azmi Mahmood pada 3 Jan lepas, menamakan Ahli Parlimen Gua Musang Datuk Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN), Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ab Fatah Hasbullah dan SPR sebagai responden.
Tengku Razaleigh gagal mempertahankan kerusi itu kali ke-12 apabila beliau tewas majoriti tipis sebanyak 163 undi kepada Mohd Azizi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#PAU2022
#petisyen pilihan raya
#Isham Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan