Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan diterima oleh rakyat.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.
"Saya yakin enam PKR ini (selepas Pilihan Raya Umum ke-14) jelas memberikan suatu bukti bahawa BN bukan sahaja masih relevan tetapi mempunyai masa depan cerah jika parti komponen serta sokongan Muafakat Nasional dapat membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Apatah lagi sekarang kita menyokong Perikatan Nasional. Kombinasi ini juga menyumbang kejayaan (kemenangan) selain pengundi Chini sendiri mahu kesinambungan perkhidmatan BN," kata presiden UMNO itu kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, dekat sini, malam tadi.
BN sebelum ini menang PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.
BACA: BN pertahan DUN Chini
Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun berhadapan dengan dua calon Bebas, namun jentera Muafakat Nasional tidak memandang ringan tentang saingan itu.
"Kemenangan ini menunjukkan BN dan Muafakat Nasional mendapat sokongan kukuh dalam kalangan pengundi sehingga dua calon Bebas hilang deposit. Saya anggap ini kemenangan ini sebagai kemenangan pengundi DUN Chini kerana mereka inginkan wakil rakyat yang boleh berkhidmat dan teruskan pembangunan di kawasan mereka selain mahu masa depan yang lebih baik dan terjamin," katanya.
PRK DUN Chini menyaksikan calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh undi 13,872. Pencabarnya iaitu dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi, menyebabkan kedua-duanya hilang deposit.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan formula calon muda yang diketengahkan membuahkan hasil dengan majoriti besar yang diperoleh oleh BN.
Katanya selain faktor calon muda, Mohd Sharim sudah dikenali oleh segelintir besar penduduk DUN Chini kerana aktif dalam pelbagai persatuan belia selain kerap membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum itu, Allahyarham Abu Bakar Harun.
"Tapi sudah pasti kita sendiri mahu mengetengahkan calon muda untuk menjadi pelapis kepada perjuangan parti. Selain itu, faktor pengundi muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun lebih 55 peratus di DUN Chini menjadikan beliau calon yang tepat," katanya.
Selain itu, Wan Rosdy juga menyifatkan kerjasama jentera BN yang turut disokong oleh PAS berdasarkan semangat Muafakat Nasional dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas kerjasama Perikatan Nasional sebagai faktor utama kemenangan Mohd Sharim.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian Abu Bakar, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004.
Sokongan PAS itu boleh dilihat apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, yang tewas kepada Abu Bakar pada PRU14, menjadi penyokong kepada Mohd Sharim pada hari penamaan calon 20 Jun lepas.
Mohd Fadhil Noor berkata sokongan PAS adalah keputusan pimpinan parti itu supaya akar umbi menyokong calon BN menerusi kerjasama dalam Muafakat Nasional.
"Kita bagi sokongan padu dan bersatu untuk beri komitmen terhadap calon BN dan inilah hasilnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020

Mohd Sharim (dua kanan) meraikan kemenangan pada PRK DUN N. 23 Chini bersama kepimpinan BN di pusat penjumlahan rasmi undi pilihan raya Chini, IKBN Pekan, 4 Julai, 2020. --fotoBERNAMA

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

JAKIM teliti kaedah terbaik proses pensijilan halal
Ini sekaligus dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum dan standard ditetapkan.

Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.

Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid
Malaysia dan Turkiye terbuka untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang industri aeroangkasa, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid
Konvensyen kali pertama itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei - Ahmad Zahid
Konvensyen melibatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada 14 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.