awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN, PH belum bincang kerjasama hadapi enam PRN - Tok Mat

Bernama
Bernama
15/12/2022
08:14 MYT
BN, PH belum bincang kerjasama hadapi enam PRN - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO berkata parti terlibat perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama. - Gambar fail
REMBAU: Masih belum ada perbincangan untuk Barisan Nasional (BN) mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti terlibat perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama.
"Biar parti berbincang antara parti sebab belum berbincang apa-apa lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau, di sini hari ini.
Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun depan ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Semalam, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata PH belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN atau sebaliknya, kerana fokus sekarang adalah untuk memperkasa keserasian bersama BN dalam Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#PRN
#Kerajaan Perpaduan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan