awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Sabah bersedia sekalipun PRU-14 awal - Pairin

Bernama
Bernama
29/01/2017
06:41 MYT
BN Sabah bersedia sekalipun PRU-14 awal - Pairin
PAIRIN: "Kerajaan BN bersungguh-sungguh membantu rakyat dalam apa jua segi, manakala pembangkang sentiasa membuat janji yang mereka akan membuat lebih baik daripada BN." - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan menghadapi masalah sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan lebih awal kerana tahap kesiapsiagaannya adalah tinggi, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata semua parti komponen BN Sabah sudah bersedia.
"Kalaupun PRU diadakan awal, saya fikir tiada masalah bagi kita untuk melaksanakan tanggungjawab," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parti Bersatu Sabah (PBS), di sini hari ini.
Presiden PBS itu yang telah mengumumkan persaraannya daripada politik apabila tugasnya sebagai wakil rakyat untuk penggal ini tamat, tetap yakin BN paling sesuai untuk mentadbir negeri dan negara.
"Kerajaan BN telah bersungguh-sungguh membantu rakyat dalam apa jua segi, manakala pembangkang sentiasa membuat janji yang mereka akan membuat lebih baik daripada BN.
"Walaupun masih ada usaha yang perlu dibaiki, namun kesungguhan BN untuk memperbaiki kehidupan rakyat setiap masa telah terbukti kerana BN memang selalu ada usaha untuk memastikan negara terus maju," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Joseph Pairin Kitingan
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU-14
#Sabah
#tahap kesiapsiagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan