KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju tema utama manifesto gabungan politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah 'Kestabilan Dan Kemakmuran.'
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato Onn' di sini malam tadi.
"BN komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi bersifat prorakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mampan dan menyeluruh," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata perundingan pembahagian kerusi antara parti komponen dan Sahabat BN akan dimuktamad.
"Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha untuk mengetengahkan calon baharu yang mempunyai nilai boleh menang, boleh diterima dan disenangi serta berazam untuk mencapai 30 peratus calon wanita," katanya.
Zambry berkata selain itu, mesyuarat Dewan Tertinggi BN mengarahkan semua jentera parti bagi membuat persiapan bagi menghadapi PRU15 di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Dewan Tertinggi BN mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRU15 dan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRU15," katanya.
Beliau juga berkata BN menjunjung kasih perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen ke-14 selaras dengan kuasa-kuasa Seri Paduka sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 dan susulan itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn. - Foto BERNAMA
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
PRU15: Tarik pelaburan besar untuk cipta peluang pekerjaan berkualiti - Calon
Isu lambakan pekerja asing di kawasan Sri Gading antara perkara yang mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sri Gading, Datuk Lassim Burhan.
Bila projek perbesar longkang nak siap? Air 'termenung' resahkan penduduk Taman Sri Muda
Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor menuntut pihak berwajib menyambung semula projek memperbesarkan longkang yang didakwa masih terbengkalai.
PRU15: Boleh runding tukar kerusi, tetapi perlu ada kerusi ganti- Noh
Pertukaran kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor antara parti dalam Barisan Nasional (BN) boleh dilakukan, dengan syarat perlu ada kerusi ganti.
PRU15: Amanah mahu Dzulkefly Ahmad pertahan Kuala Selangor
Pimpinan Amanah yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja beliau lakukan selama ini.
PRU15: Masih awal untuk BN tentukan rakan kongsi andai gagal peroleh majoriti - PM
Segala keputusan akan dibuat oleh pimpinan tertinggi BN bergantung pada situasi selepas PRU15.
BN setuju tema manifesto 'Kestabilan dan Kemakmuran'
Dewan Tertinggi BN bersetuju tema utama manifesto gabungan politik itu pada PRU15 ialah 'Kestabilan Dan Kemakmuran.'
Bersatu yakin Pas konsisten terus bersama PN - Rafiq Naizamohideen
Pas cukup bijak untuk tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dipekotak-katikkan UMNO-BN atas nama 'kerjasama'.
#MalaysiaMemilih calon akhir media sosial terbaik ADMA2018
Astro AWANI dicalonkan dalam kategori Penglibatan Media Sosial Terbaik menerusi tanda pagar #MalaysiaMemilih sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu.
Abang Jo tidak pernah jumpa Zahid sejak keputusan PRU14
Abang Johari mengesahkan GPS tidak menemui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejak keputusan PRU14 yang lalu.
Jalaluddin Alias tawar diri bertanding MT UMNO
Datuk Jalaluddin berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air.