Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihati rakyat agar membuat pilihan atas kewarasan fikiran dan kesedaran semasa memilih parti yang akan memacu pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) ini.
Pada masa sama bekas perdana menteri itu juga berkata tindakan memilih mereka yang sekian lama berlainan fahaman politik tetapi berganding bahu semata-mata untuk meraih kuasa bukanlah suatu yang waras.
"Ini bukan satu perjudian mempertarungkan nasib ataupun menukar haluan semata-mata kerana tidak puas hati dengan beberapa isu. Tiada semuanya yang 100 peratus sempurna.
"Nilai segala janji yang diberi secara terperinci. Apa yang benar-benar dapat dikotakan daripada apa yang manis di bibir sahaja. Timbangkan kesemuanya secara keseluruhan dan fikirlah masak-masak dan secara waras...'spring may lead into a glorious summer but can also end up in a winter of discontent for our children," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Abdullah berkata kejayaan Malaysia mencapai pembangunan pesat sejak mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu banyak bergantung pada kestabilan politik yang dikecapi selama ini dengan tampuk kepimpinan terdiri daripada pasukan yang benar-benar bekerjasama serta akrab berkongsi aspirasi dan cita-cita untuk negara.
Selain itu, penggubalan dan kesinambungan dasar yang kukuh dan konsisten, pentadbiran ekonomi baik serta struktur pemerintahan yang jelas dan peralihan kuasa daripada satu perdana menteri ke satu perdana menteri secara stabil telah menentukan kesinambungan kemajuan Malaysia selama ini, kata Abdullah.
"Sama ada ekonomi negara akan terus makmur seperti yang kita kecapi selama ini, sama ada masa depan generasi muda dan tua terus cerah, dan sama ada negara terus selamat aman dan makmur atau mundur di pinggiran bakal ditentukan oleh pilihan anda pada 9 Mei ini," katanya.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah menjadi peneraju negara, Abdullah berkata beliau juga ingin melihat kematangan politik yang tinggi dalam kalangan calon-calon pada PRU14 ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Lah berkata para calon dan parti-parti bertanding hendaklah menjiwai erti demokrasi secara rasional dan bukan demokrasi berasaskan emosi dan kemarahan.
"Saya juga ingin mengingatkan calon-calon pilihan raya kali ini bahawa kita menawarkan diri bukan semata-mata untuk meraih, merampas atau mengekalkan kuasa memerintah tetapi untuk diberi peluang berbakti kepada rakyat dan negara," katanya.
Abdullah berkata semua calon mesti cukup berwibawa dan berhemah tinggi dalam menawarkan diri, dasar atau ideologi masing-masing untuk penilaian rakyat, bukan tuduh-menuduh membakar kemarahan rakyat semata-mata untuk meraih sokongan.
Tegasnya yang penting adalah rakyat, bukan agenda atau cita-cita politik seseorang individu.
"Atas semua perkara yang saya telah nyatakan, saya mengajak semua rakyat Malaysia melaksanakan hak demokrasi masing-masing dengan aman dan penuh tanggungjawab tanpa sebarang sengketa.
"Marilah kita membina tamadun negara dan bangsa mengikut cara yang menyerlahkan integriti, etika dan keimanan peribadi yang tinggi. Yakinlah bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa adalah di tangan kita," katanya.
Beliau turut mendoakan supaya pilihan raya kali ini berjalan lancar dan teratur dalam keadaan aman dan selamat serta keputusan yang bakal dizahirkan adalah sesuatu yang baik untuk negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018
Tegas Tun Abdullah apa yang penting adalah rakyat, bukan agenda atau cita-cita politik seseorang individu. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.
Bincang isu Palestin: Kerajaan digesa adakan sidang Parlimen segera
Ia bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas penduduk Palestin yang semakin kritikal.