awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar DUN: Amirudin menghadap Sultan Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2023
09:46 MYT
Bubar DUN: Amirudin menghadap Sultan Selangor
Amirudin menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira jam 5 petang. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini pada Khamis.
Amirudin menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira jam 5 petang.
Teka teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga bakal terjawab apabila pertemuan itu dipercayai bagi menyembah maklum tarikh pembubaran DUN bagi mendapat perkenan baginda.
Awal pagi ini, Amirudin memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Selangor sebelum baginda berangkat ke Tanah Suci.
Amirudin bagaimanapun berkata beliau belum menerima tarikh untuk menghadap baginda.
Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, dijadual berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan bagi menunaikan ibadah Haji.
Pembubaran DUN Selangor adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#bubar DUN
#Amirudin Shari
#menghadap sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan