awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan hanya Selangor, Pas juga akan kekal hubungan baik dengan negeri lain - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2022
08:24 MYT
Bukan hanya Selangor, Pas juga akan kekal hubungan baik dengan negeri lain - Abdul Hadi
Pas akan terus mengekalkan hubungan baik bukan sahaja dengan negeri Selangor, malah dengan negeri-negeri lain juga, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pas akan terus mengekalkan hubungan baik bukan sahaja dengan negeri Selangor, malah dengan negeri-negeri lain juga, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut Presiden Pas itu, parti berkenaan akan mengusahakan kerjasama bagi menggelakkan pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.
Pas juga, jelas beliau, akan terus berusaha mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Pas Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya PN lagi.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung pengagihan kerusi, Abdul Hadi berkata, parti itu mempuyai formula bagi menggelakkan pertembungan kerusi pada PRU.
Secara dasar, kata beliau, perbincangan pengagihan kerusi itu telah dilakukan namun masih belum dimuktamadkan.
“Justeru, Pas akan terus terus memperkukuhkan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Pas Terengganu pada Khamis.
Topic Berkaitan
#PAS
#Muafakat Nasional
#Perikatan Nasional
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan