awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran sukar untuk Pakatan Harapan, Amanah pada PRU15

Bernama
Bernama
17/09/2022
07:06 MYT
Cabaran sukar untuk Pakatan Harapan, Amanah pada PRU15
"Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi," kata Mohamad Sabu.
SEREMBAN: Parti Amanah dan gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
"Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka 'Fastabiqul Khairat' - atau "Perlumbaan Yang Baik".
"Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti," katanya semasa merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022 dengan tema Amanah Untuk Malaysia di sini hari ini.
Pada sidang media selepas itu Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan diselesaikan hujung bulan ini.
Semalam, Naib Pengerusi PH Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kira-kira 70 peratus daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 telah selesai dirunding antara parti gabungan PH.
Konvensyen Amanah 2022 yang akan berakhir esok dihadiri oleh lebih 800 perwakilan seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Amanah
#politik
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan