awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan had tempoh jawatan PM satu langkah berani, bertanggungjawab - Wanita PKR

Bernama
Bernama
06/01/2026
05:16 MYT
Cadangan had tempoh jawatan PM satu langkah berani, bertanggungjawab - Wanita PKR
Cadangan dilihat menunjukkan tekad politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyegerakan pelaksanaan janji reformasi, setelah puluhan tahun berjuang di medan pembangkang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal adalah langkah berani dan bertanggungjawab ke arah membentuk budaya politik baharu yang telus, progresif serta demokratik demi kemajuan Malaysia.
Ketua Penerangan Wanita PKR Datuk Ginie Lim berkata ini menunjukkan tekad politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyegerakan pelaksanaan janji reformasi, setelah puluhan tahun berjuang di medan pembangkang, selain membuktikan kesungguhan beliau melakukan perubahan semasa memegang kuasa dan bukan selepas kehilangan kuasa.
"Dalam tempoh tiga tahun kepimpinan Anwar, Kerajaan Perpaduan berjaya mengekalkan kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.
"Wanita PKR yakin, dengan pelaksanaan reformasi institusi yang berterusan, rakyat akan terus menikmati manfaat daripada kekayaan negara yang semakin meningkat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kepimpinan Anwar juga wajar terus disokong bagi penggal seterusnya bagi memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekali gus membersihkan negara daripada kebejatan dan budaya rasuah demi kebajikan rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
"Sehubungan itu, Wanita PKR menyatakan sokongan penuh kepada usaha Perdana Menteri untuk terus memimpin dan memperkukuh jentera kerajaan agar lebih mantap, berkesan dan berintegriti dalam melaksanakan dasar fiskal serta ekonomi di bawah Kerangka Ekonomi MADANI," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#tempoh perdana menteri
#Anwar Ibrahim
#Wanita PKR
#Genie Lim
#reformasi institusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan