awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan jawatan tertinggi Bersatu tidak dipertandingkan

Bernama
Bernama
02/07/2019
21:00 MYT
Cadangan jawatan tertinggi Bersatu tidak dipertandingkan
Mukhriz berkata sehingga kini belum ada tanda sesiapa yang berhasrat mencabar Dr Mahathir bagi jawatan itu (pengerusi).
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pemimpin bahagian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mencadangkan agar ketiga-tiga jawatan tertinggi tidak dipertandingkan dalam perhimpunan agung parti itu pada November tahun ini .
Tiga jawatan itu ialah Pengerusi yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden yang dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden yang disandang oleh Mukhriz sendiri.
"Bagaimanapun sekiranya ada pencalonan bagi ketiga-tiga jawatan itu maka ia akan ditandingi," katanya kepada pemberita di lobi bangunan parlimen pada Selasa.
"Tetapi terdapat cadangan di peringkat akar umbi yang tidak menggalakkan pertandingan sekurang-kurangnya bagi jawatan pengerusi. Ini menandakan kita masih mahukan beliau (Dr Mahathir) sebagai pengerusi," tambah beliau.
Beliau berkata sehingga kini belum ada tanda sesiapa yang berhasrat mencabar Dr Mahathir bagi jawatan itu (pengerusi).
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata mesyuarat agung luar biasa parti itu yang akan diadakan pada 20 Julai adalah untuk meminda perlembagaan parti dan beliau akan turun padang mulai minggu depan bagi menerangkan kepada ahli parti tentang cadangan pindaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akar umbi
#Bersatu
#cabar
#jawatan
#Mahathir Mohamad
#mesyuarat agung luar biasa
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#pencalonan
#pengerusi
#perlembagaan parti
#pertandingan
#pindaan
#PPBM
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan