awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
Parlimen harus perkukuh RUU Anti Lompat Parti untuk elak khianat mandat rakyat - Ronald Kiandee
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon belia mahu realisasikan Kompleks Sukan Kelantan Selatan

Marlina Manaf
Marlina Manaf
23/04/2018
12:22 MYT
Calon belia mahu realisasikan Kompleks Sukan Kelantan Selatan
MOHD SYAHBUDDIN merupakan calon yang akan menggalas tanggungjawab sebagai calon DUN Galas.
Dari belia untuk belia.
Calon belia yang diumum untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas (N.45), Mohd Syahbuddin Hashim mengimpikan kemudahan infrastruktur lengkap untuk belia di kawasan itu.
Kata Mohd Syahbuddin, kemudahan seperti kompleks sukan perlu diwujudkan seiring dengan pertambahan belia di kawasan tersebut.
"Bagi orang muda, pastinya kemudahan sukan, Kompleks Belia dan Sukan Kelantan Selatan, perlu diwujudkan segera, kemudahan ini perlulah lengkap dan menyeluruh, bagi memenuhi keperluan belia," ujar Mohd Syahbuddin kepada Astro Awani.
Mohd Syahbuddin juga Presiden Majlis Belia-belia Kebangsaan (MAYC) juga membangkitkan isu jenayah kalangan belia, serta isu peluang pekerjaan yang mahu ditangani.
"Seperti juga di kawasan lain, di Parlimen Gua Musang juga tidak sunyi dengan isu ketagihan pil kuda dan ketum.
"Kita juga mahu perjuangkan isu peluang pekerjaan, anak tempatan serta belia orang asli, supaya diwujudkan kemudahan latihan untuk mereka," kata beliau.
Mohd Syahbuddin kali pertama dicalonkan dan beliau dijangka tidak berdepan cabaran besar.
Ini berdasarkan rekod DUN Galas yang sebelum ini disandang calon BN, Ab Aziz Yusof.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ab Aziz menewaskan calon PAS Abdullah Hussein dengan 6,956 undi.
DUN Galas adalah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Gua Musang, yang boleh dianggap kawasan selamat buat BN.
Kerusi Parlimen Gua Musang disandang Tengku Razaleigh Hamzah sejak 1974.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Gua Musang
#Mohd Syahbuddin Hashim
#Orang Asli
#PAS
#pilihan raya
#presiden
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan