SHAH ALAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerima watikah pelantikan untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) diingatkan bergerak pantas memulakan kempen.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli berkata, calon yang lambat menghidupkan 'enjin' kempen berdepan watikah pelantikan mereka ditarik.

Beliau akan mengejar calon dan jentera pilihan raya bagi memastikan setiap hari dilaksanakan aktiviti kempen yang pelbagai dan mencukupi.

"Kalau dalam tempoh seminggu ini jika saya merasakan mereka yang dicalonkan ini lambat mula enjin, saya sendiri akan jumpa presiden untuk tukar pencalonan.

"Sebab itu kita umum awal untuk pastikan jangan berulang cerita dulu-dulu, masa nak jadi calon lobinya sampai ke langit tetapi apabila sudah jadi calon, dia menjadi raja sebelum menang.

"Kepada jentera di luar, jika ada calon seperti itu maklumkan kepada saya," katanya pada Program Pengumuman Calon PKR di Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Calon PKR PRN Selangor

N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri

N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam

N11 Ijok: Amidi Abdul Manan

N14 Rawang: Chua Wei Kiat

N16 Sungai Tua: Dato' Seri Amirudin Shari

N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli

N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin

N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

N25 Kajang: David Cheong

N32 Seri Setia: Fahmi Ngah

N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw

N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei

N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman

N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid

N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi

N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi

N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa: Gunarajah R George

N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni

N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah

Senarai calon PKR bagi PRN Pulau Pinang

N3 Pinang Tunggal: Zainuddin Mohd

N6 Telok Ayer Tawar: Mohsin Md Sharif

N10 Seberang Jaya: Johari Kassim

N12 Penanti: Rohsidi Hussin

N14 Machang Bubok: Lee Khai Loon

N17 Bukit Tengah: Gooi Hsiao Leung

N18 Bukit Tambun: Goh Choon Aik

N20 Sungai Bakap: Norhidayah Che Ros

N24 Kebun Bunga: Lee Boon Heung

N35 Batu Uban: Kumaresan Arumugam

N36 Pantai Jerejak: Fahmi Zainol

N37 Batu Maung: Prof Dr. Mohd. Abdul Hamid

N39 Pulau Betong: Mohd Tuah Ismail

Senarai calon PKR bagi Parlimen Kuala Terengganu dan PRN Terengganu

P036: Kuala Terengganu - Azan Ismail

N13 : Wakaf Mempelam - Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

N22: Manir - Mohd Jusoh

N27: Sura - Othman Omar

Senarai calon PKR bagi PRN Kelantan

N3 : Pasir Pekan - Damansari ibharim

N7: Panchor - Syed Ali Dustur Syed Mohd Zain

N14: Chetok - Ezzat Hanuzi

N18: Pasir tumbuh - Naziratul Aini Sayuti

N30: Limbongan - Dr Shamsudin Abdul Ghani

N39: Mengkebang - Shukri Ishak 

-- SInar Harian