awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM ke-9: Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Agong hari ini - Ahmad Maslan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/08/2021
23:59 MYT
Calon PM ke-9: Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Agong hari ini - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan mengesahkan beliau dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta parti lain diundang menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta parti lain diundang menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Dalam ciapan di Twitter, Setiausaha Agung UMNO itu berkata ini bagi mengesahkan sokongan Akuan Bersumpah (SD) terhadap Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9.
Saya telah terima undangan drpd SU #DewanRakyat utk menghadap KDYMM SPB YDP #Agong hari ini 19/8/21 di #IstanaNegara
Ini bagi mengesahkan sokongan SD saya terhadap DS @IsmailSabri60 sbg calon #PerdanaMenteri MP #UMNO #BN #GPS #PAS #PPBM & MP2 yg sokong DS Ismail juga diundang pic.twitter.com/KAxBbpeVdx
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 18, 2021
"Saya telah terima undangan daripada Setiausaha Dewan Rakyat untuk menghadap Seri Paduka Baginda hari ini di Istana Negara.
"Ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong Ismail juga turut diundang," katanya pada Khamis.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan seramai 114 Ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi.
BACA: Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber
Kumpulan pertama akan menghadap Seri Paduka pada jam 10 pagi ini melibatkan 24 Ahli Parlimen antaranya Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) selain Yamani Hafez Musa (Sipitang).
Ini diikuti sesi pada pukul 11.10 pagi melibatkan 25 Ahli Parlimen, antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan).
Seterusnya, sesi pada pukul 2 petang dengan 25 Ahli Parlimen, antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Rina Harun (Titiwangsa) dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut).
Sesi pada pukul 3.10 petang pula melibatkan 22 Ahli Parlimen manakala pada pukul 4.20 petang pula 18 Ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang).
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Politik Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri ke-9
#Calon PM
#Najib Razak
#Muhyiddin Yassin
#Hamzah Zainuddin
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Zahid Hamidi
#Azmin Ali
#Parlimen
#Fadillah Yusof
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan