awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM ke-9: Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara

Fareez Azman
Fareez Azman
19/08/2021
06:50 MYT
Calon PM ke-9: Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara
Muhyiddin yang juga Perdana Menteri sementara (caretaker) itu tiba menaiki kenderaan peribadinya melalui Pintu Satu Istana Negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara kira-kira jam 2.49 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Beliau yang juga Perdana Menteri sementara (caretaker) itu tiba menaiki kenderaan peribadinya melalui Pintu Satu, Istana Negara.
Terdahulu, Ahli-Ahli Parlimen Pas dan Barisan Nasional (BN) memasuki perkarangan Istana Negara kira kira jam 2.25 petang tadi.
Antara yang dilihat, Ahli Parlimen Pasir Putih, Nik Mohamad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
Pada jam 2.37 petang pula, bas yang membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bersatu dilihat meninggalkan Istana Negara.
Antara pemimpin yang menaiki bas itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ia diikuti kenderaan membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#Politik Malaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan