KUALA NERANG:Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihati mana-mana pemimpin UMNO agar tidak menggunakan ruang media untuk mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka yang "menghentam" antara satu sama lain sebaliknya mencari platform lain untuk berbuat demikian.
Jelasnya, tindakan yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO, menteri-menteri daripada UMNO serta bekas pimpinan tertinggi UMNO disifatkan sebagai satu perkara yang amat tidak sesuai dilakukan ketika ini.
Bagaiamanapun, beliau secara berseloroh menyifatkan tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian terutama melalui media adalah perbuatan yang tidak salah jika ianya satu perkara yang menyeronokkan buat kumpulan berkenaan.
"Ada medan yang boleh keluarkan kenyataan, tetapi tidak sesuai untuk menjadikan media sebagai tempat untuk keluarkan apa jua kenyataan. Carilah medan yang lain untuk keluarkan kenyataan,” Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan di Bangunan UMNO Parlimen Padang Terap, pada Sabtu.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menjelaskan bahawa kesesuaian untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 adalah ketika kes-kes melibatkan COVID-19 mulai reda.
Ianya selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersetuju untuk PRU15 diadakan dalam masa terdekat iaitu sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat namun, tertakluk kepada keadaan COVID-19.
“Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju untuk adakan Pilihan Raya dalam masa terdekat tertakluk kepada keadaan COVID-19. Tambah lagi ketika ini keadaan banjir belum lagi reda,” tambahnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa bukan hanya akar umbi UMNO, sebaliknya seluruh rakyat negara ini menolak desakan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mahukan PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini disifatkan sebagai pendirian yang tidak bertanggungjawab.
Khairy secara sinis menempelak individu yang selalu mendesak untuk mengadakan pilihan raya umum, namun diri mereka sendiri juga tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
BACA: Orang yang desak buat PRU pun tak pakai pelitup muka - Khairy Jamaluddin
Pada Khamis, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa juga berkata, desakan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bukan kehendak akar umbi parti.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.
BACA: Zahid perlu jelaskan kepada akar umbi keputusan 'pecat' Annuar - Exco Pemuda UMNO
Sebelum ini,Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jan 09 2021

Mahdzir menggesa supaya mencari medan lain selain media untuk mengeluarkan kenyataan "menghentam" antara satu sama lain. - Foto BERNAMA

Sarawak mula program imunisasi COVID-19
Bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Nuzuluddin Abdul Razak untuk ikuti perkembangan program vaksin di Bumi Kenyalang ketika ini.

Vaksin COVID-19 | 130 'frontliners' terima vaksin di KK Kota Samarahan
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini. Penolong Pegawai Perubatan KK Kota Samarahan, Othman Buang berkata proses vaksinasi akan dilaksanakan dua sesi pagi-petang melibatkan beberapa agensi.

'Kamu adalah hero saya' kata kanak-kanak tersepit kaki kepada bomba
Raydon Koh berterima kasih kepada anggota bomba ketika mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit di dalam saluran paip lubang tandas.

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
Timbalan Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata buat masa ini, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Isu pembahagian kerusi Parlimen masih belum selesai - Mohd Amar
Walaupun hubungan antara ketiga-tiga parti berjalan baik, soal berkenaan masih belum mencapai kata putus.

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Beliau berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Agong berhak tentukan sidang Parlimen tanpa nasihat PM - Ku Li
Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pindaan had umur pengundi ke 18 tahun, pemimpin muda parti politik tuntut penjelasan SPR
Gesaan itu disuarakan dalam satu surat terbuka oleh barisan pemimpin muda parti-parti politik Malaysia pada Rabu.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.

Setahun Langkah Sheraton: Tiada agenda, pencapaian boleh dibangga - MP Muar dan Semporna
Tiada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.