awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2023
01:48 MYT
Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua.
Kon Yeow, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 9.30 pagi di Seri Mutiara.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri kepada Chow Kon Yeow pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia Ketua Menteri di Seri Mutiara hari ini.  - Foto BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri kepada Chow Kon Yeow pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia Ketua Menteri di Seri Mutiara hari ini. - Foto BERNAMA
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Seri Utama Khadijah Mohd Nor.
Hadir sama, isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee; bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar, dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kon Yeow secara rasmi diumum menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 7,116 malam tadi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) – Gerakan, H’Ng Khoon Leng (1,145).
Chow Kon Yeow angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ( 15) semalam.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen.
Istiadat upacara Sumpah Istiadat Pengurniaan Surat cara pelantikan , mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah rahsia berlangsung di Seri Mutiara, di sini, pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan