KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan lapan veteran tentera untuk mencabar kelewatan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan berhubung rayuan mereka mendaftarkan Parti Kemakmuran Negara sebagai sebuah parti politik.
Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili kesemua pemohon berkata Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan tersebut selepas pendengaran permohonan semakan kehakiman itu semalam.
"Mahkamah juga mengarahkan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan mengenai rayuan itu (pendaftaran parti) dalam tempoh 14 hari bermula semalam," kata peguam itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 18 Julai lepas, Hakim Ahmad Kamal membenarkan permohonan lapan individu itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut.
Brigidier Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed, Komander (B) Yasin Hamzah, Kapten (B) Ab Manan Mansor, Abdull Rahim Hashim, Mejar (B) Kaha Othman, Sazali Ramli, Alias Abd Wahab dan Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai responden.
Mereka memohon perintah mandamus untuk menteri membuat keputusan mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan terhadap keputusan RoS pada 16 Mac lepas yang menolak pendaftaran parti itu sebagai entiti politik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.
Mereka, yang merupakan penaja parti itu, memfailkan permohonan atas alasan antaranya kelewatan responden membuat keputusan berhubung rayuan pendaftaran parti tersebut adalah tidak munasabah serta melanggar hak berpersatuan dan bersuara pemohon mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kesemua pemohon juga mendakwa kelewatan responden telah melanggar hak mengundi yang termaktub dalam Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Pada 18 Julai lepas, Hakim Ahmad Kamal membenarkan permohonan lapan individu itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman tersebut. - Astro AWANI
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Daftar Parti Kemakmuran Negara: Mahkamah arah Menteri Dalam Negeri buat keputusan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan lapan veteran tentera untuk mencabar kelewatan Menteri Dalam Negeri membuat keputusan berhubung rayuan mereka mendaftarkan Parti Kemakmuran Negara.