awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar Pemilih Tambahan April 2023 kini dibuka untuk semakan - SPR

Bernama
Bernama
22/05/2023
06:00 MYT
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 kini dibuka untuk semakan - SPR
Daftar pemilih terbabit mengandungi 39,306 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2023. - Fail
PUTRAJAYA: Daftar Pemilih Tambahan April 2023 (DPT BLN4/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN4/2023 itu mengandungi 39,306 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2023.
Senarai itu melibatkan mereka yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 6,453 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,597 pemilih yang bertukar status/kategori pengundi, katanya.
"Warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2023," katanya.
Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan, katanya.
Bagi mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, perlu mengisi Borang D melalui kaedah yang sama.
Ikmalrudin berkata lima kaedah semakan disediakan bagi DPT BLN4/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan hotline semakan pendaftaran pemilih di talian 03-88927218.
Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2023.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN4/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daftar Pemilih Tambahan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#dibuka untuk semakan
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan