awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa jadi barua, hanya untuk halalkan tindakan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/03/2020
07:48 MYT
Dakwa jadi barua, hanya untuk halalkan tindakan
Norhizam Hassan Baktee mendakwa sepanjang 22 bulan lalu beliau menjadi barua. - Gambar fail
Tindakan terhadap Timbalan Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee ekoran sokongannya kepada gabungan Perikatan Nasional di negeri ini akan ditentukan oleh dalam masa terdekat.
Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, langkah Norhizam yang mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu itu akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti.
“Apabila kita menang pada PRU lalu, kita tahu kedudukan kita agak bahaya di Melaka ini, tetapi apa kita boleh buat, kita bukti pada rakyat melalui tindakan menunaikan manifesto kita.
“Tetapi malangnya pada masa sama, wujud tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan jalan pintu belakang bekerjasama dengan puak parti yang kita tentang habis-habisan dahulu.
“Jadi kita tunggu arahan daripada pucuk pimpinan, pusat akan bagi arahan selanjutnya nanti,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah), di sini hari ini.
Semalam, Norhizam mengejutkan semua pihak apabila turut menjadi antara 17 wakil rakyat yang memberi sokongan kepada blok Barisan Nasional (BN) untuk membentuk gabungan kerajaan baharu di negeri ini.
Menurut Norhizam, tindakan itu dilakukannya demi kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Adly Zahari menempelak kenyataan Norhizam yang mendakwa beliau menjadi ‘barua’ sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Katanya, kenyataannya itu hanya langkah Norhizam untuk menutup kelemahan daripada dicaci oleh masyarakat.
“Bagi saya kenyataan ‘barua’ dikeluarkan ADUN Pengkalan Batu itu hanyalah alasan untuk menghalalkan tindakan beliau keluar daripada PH.
“Jadi beliau cari alasan dan saya fikir tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya untuk menutup segala kelemahan,” katanya.
BACA: "Saya jadi barua selama 22 bulan" - ADUN Pengkalan Batu
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#Kerajaan negeri Melaka
#khianat mandat rakyat
#Norhizam Hassan Baktee
#Pengkalan Batu
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan