Dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang boleh menang 45 kerusi Barisan Nasional (BN) dengan hanya sokongan kecil pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebaliknya berkata sokongan pengundi terhadap pembangkang mungkin merosot susulan perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Malah, menurut Abdul Rahman semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar.
"Saya hendak ingatkan bahawa apabila adanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia ia tidak akan ambil ahli UMNO tetapi menarik serpihan daripada parti pembangkang.
"Jika ini berlaku ia akan memberi kelebihan kepada UMNO dan saya yakin ahli UMNO tidak akan ikut Muhyiddin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.
Muhyiddin dalam satu majlis di Selangor semalam berkata kajian beliau mendapati 67 kerusi terumbang-ambing di bawah BN dan jika empat peratus daripada kerusi itu 'swing' (berubah angin), maka 45 peratus kerusi BN akan jatuh kepada pembangkang.
Sementara itu, perwakilan dalam usul mereka mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya kembali ke pangkal jalan dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Usul itu menyebut: "Jadilah sebagai orang tua yang mampu memberi nasihat berguna kepada anak-anak buah sehingga akhir hayat.
"Itu adalah lebih baik daripada berjasa kepada kumpulan bangsa yang boleh membunuh bangsa Melayu itu sendiri," demikian menurut usul UMNO Bahagian Gerik.
Bernama
Sat Sep 03 2016
Menurut Abdul Rahman, semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar. - Gambar fail
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024
Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.
AWANI 7:45 [09/06/2024] - Harga pasaran tanpa subsidi | Sasaran subsidi diesel | Pencemaran sungai semakin teruk | Rasuah RM1.18 juta
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Bermula Isnin harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia
2. Kementerian Kewangan jamin harga barangan tiada kenaikan
3. Pencemaran sungai hanya dapat diselesaikan secara bersepadu
4. Sindiket nikah Thailand, SPRM jangka ada pegawai tinggi agama di Perlis terbabit
1. Bermula Isnin harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia
2. Kementerian Kewangan jamin harga barangan tiada kenaikan
3. Pencemaran sungai hanya dapat diselesaikan secara bersepadu
4. Sindiket nikah Thailand, SPRM jangka ada pegawai tinggi agama di Perlis terbabit
SKDS: Syarikat belum terima fleet card, perlu simpan resit untuk tuntutan balik tunai
Ia bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.
BUDI MADANI tiada tarikh tutup, individu layak digesa kemuka permohonan - Amir Hamzah
Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
"Safari Wukuf" jamin jemaah sakit berwukuf di Arafah
Perkongsian Editor Astro AWANI dari Mekah mengenai perancangan teliti Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang hari wukuf di mana semua dijamin menunaikan rukun haji itu walaupun jemaah ditimpa sakit atau tidak berdaya melalui program "Safari Wukuf". TH juga membuat perancangan teratur apabila diberi keistimewaan memilih waktu melontar dan malam hari dipilih untuk melaksanakan wajib haji itu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).