ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya merupakan khabar angin.
Menurutnya, beliau sebelum ini tidak tahu mengenai perkara ini dan hanya menerima perkhabaran berkenaan daripada pihak media, hari ini.
"Tak adalah (isu tarik sokongan ini), (ia hanyalah) khabar angin sahaja, Alhamdulilah semua okey (di peringkat pentadbiran kerajaan), (sekarang ini pun) ada Datuk Sabrina (ADUN Bandar Baharu) di dalam (program) ini, tiada isu (tarik sokongan) (dalam pentadbiran kerajaan) Negeri Kedah.
"(Kepimpinan di peringkat negeri) aman, (selari dengan nama) Kedah Darul Aman, (lagipun) kita tidak buat benda atau perkara (yang membuatkan) orang (atau rakyat) marah (dan) saya harap (ia berterusan) macam itu.
"(Jadi) janganlah buat benda (yang buat) orang marah, ada apa-apa bincang, runding dan (berjumpa), saya tiada masalah, 'anytime' dan 'anywhere' dengan 'anybody' (kita) boleh jumpa.
"(Orang Kedah) mulut sahaja kasar (tetapi) hati baik, betul kan Datuk Sabrina?, mulut saja kasar dalam hati ada taman..orang Kedah memang cakap macam itu tetapi orang kedah semua baik-baik," katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis menandatangani Memorandum Persafahaman (MoU) antara KXP Airport Holdings dengan POS Aviation dan KLIA College di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad.
Sementara itu ADUN Barisan Nasional (BN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui turut menafikan dakwaan bahawa beliau bersama seorang lagi ADUN parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.
Menurutnya, beliau tidak pernah sama sekali membincangkan mengenai perkara itu dengan mana-mana pihak sebaliknya mahu fokus kepada tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk membangunkan Kedah.
"Tidak dibincangkan, tidak diperkatakan dan tidak dipersoalkan (mengenai sokongan terhadap Menteri Besar) sebab dua adun (yang disebut) tu kamilah, (saya dan ADUN Sungai Tiang).,
"Ya (benar) tiada apa-apa (rancangan untuk tarik sokongan) maksudnya (kami) buat kerja macam biasa, hubungan (dengan pentadbiran) macam biasa, kalau tidak (saya) tak hadir (program) hari ni.
"(Sekarang ini masa) fikir pasal Kerajaan Kedah sahaja, apa (perkara) yang boleh majukan Kedah, itu sahaja, (jadi) prestasi jangan cari kontroversi," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai tangkap layar yang mendakwa dua ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas di Kedah akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sekali gus menyebabkan berlaku pilihan raya negeri.
Semakan yang dibuat di akaun media sosial Facebook terbabit hari ini, tidak menemui status tersebut dipercayai telah dipadamkan sejak petang semalam.
Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Sanusi ketika ini memiliki 23 kerusi DUN dengan Pas mempunyai kerusi tertinggi iaitu 15 kerusi diikuti Bersatu (enam) dan BN (dua).
Pakatan Harapan pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (lima), Parti Amanah Negara (empat) dan DAP (dua), sementara dua lagi kerusi dimiliki Parti Pejuang Tanah Air.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jan 30 2022
Muhammad Sanusi berkata, dakwaan penarikan sokongan ADUN itu hanya khabar angin. - Gambar/ Astro AWANI
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.