awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan terima RM20 juta, Jeffrey Kitingan hadir bantu siasatan di pejabat SPRM

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/05/2018
12:16 MYT
Dakwaan terima RM20 juta, Jeffrey Kitingan hadir bantu siasatan di pejabat SPRM
Jeffrey mendakwa siasatan itu berkemungkinan mempunyai motif politik kerana tidak ada bukti kukuh berhubung kes itu dan ia hanya tular di media sosial.- Foto Astro AWANI
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang tular di media sosial Facebook bahawa beliau menerima bayaran RM20 juta untuk memilih bergabung bersama Barisan Nasional (BN).
Ia bagi membolehkan BN membentuk Kerajaan Negeri pada 10 Mei yang lalu.
Pihak SPRM telah menjalankan pemeriksaan di rumah serta pejabatnya semalam, dan dilaporkan turut merampas kad pengeluaran tunai automatik, ATM dan wang tunai berjumlah RM80,000 milik beliau.
Menurut Jeffrey, beliau yang diminta untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini (Selasa) pada jam 2 petang bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.
Namun beliau juga berharap agar pihak SPRM akan berlaku adil dalam siasatan berhubung hal itu dan turut menyiasat pemimpin BN yang didakwa 'melompat' ke pihak lawan bagi membolehkan mereka membentuk Kerajaan Negeri.
"Saya sedia memberikan kerjasama dalam siasatan ini namun saya juga berharap agar pihak SPRM akan berlaku adil dalam hal ini dan akan turut menyiasat pemimpin BN yang ‘melompat’ pada hari tersebut,” katanya ketika ditemui media di luar pejabat SPRM Sabah, di sini hari ini.
Jeffrey yang juga ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menyatakan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Robert Tawik juga diperiksa oleh pihak SPRM semalam namun tiada barang yang dirampas dan beliau juga tidak dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan.
Dalam pada itu Jeffrey juga mendakwa, siasatan itu berkemungkinan mempunyai motif politik kerana tidak ada bukti kukuh berhubung kes itu dan ia hanya tular di media sosial.
“Susah mahu cakap, tetapi kita lihat mereka membuat tindakan yang pantas dan kemungkinan mempunyai motif politik, kenapa mereka mengambil masa yang agak lama untuk memanggil Najib tetapi mereka amat cepat memanggil saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dr Jeffrey Kitingan
#Najib Razak
#Parti Solidariti Tanah Airku
#politik
#siasatan
#SPRM
#STAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan