Dakwaan pemindahan RM2.5 juta kononnya daripada UMNO kepada Pas dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perbuatan itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi UMNO kini seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.
"Apa yang saya mahu katakan Pas tidak pernah menerima bantuan dana daripada UMNO. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada UMNO ia adalah tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada Pas dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018

AHMAD: Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. - Gambar fail

MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.

Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.

Pencapaian sektor pelancongan Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik pada 2024
Ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia tahun ini.

Malaysia sertai 12 kejohanan boling antarabangsa pada 2024 - MTBC
Kongres Tenpin boling Malaysia (MTBC) telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara, sepanjang tahun hadapan.

Pendanaan iklim kurang telus halang negara membangun capai inisiatif mitigasi perubahan iklim
Mobilisasi yang lemah dan kurang ketelusan dalam pendanaan iklim (climate finance) telah menghalang negara membangun daripada mencapai inisiatif adaptif dan mitigasi perubahan iklim.

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.

Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.

1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah
Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat 1MDB menamatkan kontraknya secara salah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 November 2023.

Mahkamah Rayuan tolak rayuan Najib untuk hadiri prosiding saman 1MDB
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib Razak untuk menghadiri prosiding saman AS$681 juta oleh 1MDB yang difailkan terhadapnya dan beberapa individ lain.

Najib mahu jawab soalan pengubahan wang haram di mahkamah - Pegawai penyiasat
Najib mahu jawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.

Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Budaya rasuah dalam UMNO... Ini pandangan Tun Mahathir
Bekas Presiden parti Melayu itu menjawab soalan Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap, mengenai persepsi bahawa apa yang berlaku dalam UMNO ketika ini bermula pada era pentadbirannya

Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.

1MDB: Goldman Sachs mohon jadi pencelah dalam permohonan SPRM
Goldman Sachs memohon menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi mendapatkan dokumen daripada peguam Chetan Jethwani dan firma guamannya.

Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
Rosli Dahlan memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden.