DAP hari ini mendakwa bahawa telefon bimbit yang digunakan oleh seorang yang bertanggungjawab untuk kempen parti berkenaan untuk membawa pengundi luar sempena Pilian Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini telah digodam.

Ketua strategi pilihan raya parti itu Dr Ong Kian Ming berkata pengundi luar kawasan yang menghubungi nombor berkenaan untuk membeli tiket bas ke Teluk Intan pada kadar subsidi, menerima mesej teks daripada nombor telefon yang dimiliki oleh seorang yang dikenali sebagai Chee Fu Yue.

Mesej SMS berkenaan menggesa mereka untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN ) Datuk Mah Siew Keong, kata Ong.

Mesej yang ditulis dalam bahasa Cina berkata: “Esok adalah hari pengundian. Saya secara ikhlas meminta semua rakyat yang dihormati untuk mengundi saya, Mah Siew Keong. Saya berjanji saya akan bekerja untuk masa depan TI."

Semua kenalan Chee menerima mesej yang sama, termasuk ahli-ahli DAP.

Ong mendakwa BN telah melakukan ini untuk memastikan kehadiran rendah untuk PRK Sabtu ini, dimana DAP dijangka kehilangan kurang daripada 65 peratus daripada pengundi.

"BN dan penyokong mereka perlu berasa malu untuk mengodam telefon bimbit yang diguna untuk menerima panggilan daripada pengundi luar kawasan Teluk Intan yang ingin membeli tiket bas dari Lembah Klang ke Teluk Intan,” kata Ong yang turut berkata BN mempunyai peluang yang amat rendah untuk menang jika 70 peratus jumlah pengundi yang layak hadir untuk mengundi.

DAP telah mula menawarkan subsidi tiket bas sebagai sebahagian daripada kempen "Jom Balik Undi" , selepas susulan kadar pengundi yang hadir pada PRK Bukit Gelugor iaitu hanya 56.04 peratus yang dicatatkan.

Pada pilihan raya umum lepas, Teluk Intan mencatatkan 80 peratus yang keluar mengundi , angka yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan itu .

Terdapat lebih dari 60,000 pengundi di Teluk Intan.

Mah berhadapan dengan DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pertandingan satu lawan satu .
Hari pengundian adalah Sabtu ini.